Beza jauh Dengan DEKAT
Salam sejahtera.
DIA memang bijak. Dalam dunia ini dan semua yang terisi di seluruh angkasaraya ini mesti ada pro dan kontra. Ada tinggi dan rendah. Ada jauh dan dekat. Ada kecil dan besar. Ada bodoh dan pandai. Hensem dan gurangak. Cantik dan bida’. Lemah dan kuat.
Jadi apa relevan kepada dua perbezaan ini. Contoh.. orang yang melihat ombak dari atas bukit tidak akan dapat merasai dan mengetahui pukulan ombak berbanding orang yang berada di tepi pantai. Dan orang yang berada di tepi pantai juga tidak akan merasai kehebatan ombak ini berbanding dengan orang yang berada di laut. Dan orang yang berada di laut tapi masih berhampiran dengan pantai tidak dapat merasai dan menggeruni ombak ganas berbanding dengan orang yang berada di tengah-tengah lautan yang terbuka luas dan jauh dari pantai atau daratan.
Jadi apalah ertinya. Alihkan tapisan dan aras kemampuan manusia yang tercipta dari air mani dan seekor sperma ini kepada apa jua persepsi tentang apa jua benda. Contoh… orang yang berada dalam kelas sains hanya mengetahui perkara-perkara asas dan pertengahan mengenai sains dalam kehidupan harian berbanding orang yang melanjutkan pengajian ilmu sains ini ke gedung pengajian yang lebih tinggi mengenai sains dan penerokaannya sekaligus.. tapi orang yang telah melanjutkan pengajiannya dalam bidang ilmu sains tidak akan sama dengan orang yang menjadikan sains itu bidang pencarian yang lebih jauh tentang sesuatu kajian baru atau prototaip. Namun kehebatan kajian dan penerokaan sedalam mana pun kajian dan penemuan sains oleh manusia.. lupa kepada satu perkara asas yang mudah iaitu semua ini adalah berasal dari sumber yang lagi hebat iaitu PENGASAS DAN PENCIPTA ASAL kepada semua kejadian dan kejadian baru penemuan manusia. Tapi ini ditolak habis oleh manusia yang lupa asal usulnya yang punya ekor.. ENTAH ADA MATA KE TIDAK.. berenang macam biawak dan ‘melanggar’ dinding ‘bulat’ dan diam di situ untuk jadi lain.. akhirnya jadilah manusia. Proses dari mula itu sentiasa berulang-ulang tanpa henti dan pandai-pandailah membayangkan proses itu mengikut imaginasi sendiri.
Dari mana mula itu mesti ada yang memulakannya. Tiada main tetiba. TIADA MAIN TETIBA!!
“….aku nda percaya langsung ada DIA, Tuhan yang menciptakan apa-apa di dunia atau apa-apa yang diciptakan Tuhan.. tidak ada Tuhan.. semua agama adalah rekaan manusia semata-mata. Manusia yang percaya akan agama adalah bodoh dan buang masa habis..”
Mungkin kenyataan di atas dirasai oleh manusia yang tidak mahu cuba cari jawapan kepada hujung jatuh dan permulaan pencetus. Seperti beza jauh dengan dekat dan yang seerti dengannya cuma pendekatan sahaja yang berbeza. Manusia yang cuma menilai sesuatu tanpa pakai ‘rasa’ dan terokaan tidak ada unsur ikhlas langsung. Orang begini kalau dimarahi pun tiada guna malah bikin kasihan. Mudah-mudahan terjumpa lah dia sesuatu petunjuk walaupun terpaksa nak mampus untuk mengetahuinya.
…bersambung jika tidak berkesempatan.
Comments
Leave a Reply


























