Internet Vs Duduk Tengok TV
Salam sejahtera.
Wah.. Dua keadaan yang jauh berbeza. Melayari internet atau duduk di kerusi dan terlentang ikut stail masing-masing mengikut keselesaan sambil menonton televisyen tempatan mahupun luar negara. Kalau melayari internet, perkara pertama yang wajib ada ialah talian telefon sama ada telefon bimbit atau talian tetap di rumah. Lepas tu mohon untuk perkhidmatan streamyx, jaring atau khidmat mudah alih 1, 2, 3 bergaya dan teknologi canggih. Terpulang kepada kemampuan masing-masing. Jangan paksa diri kalau tak mampu, tapi kalu nak juga, suka hati engkorang la.
Kalau di internet kita boleh cari duit, cari informasi, cari ilmu agama atau ilmu akademik untuk buat tugasan dan cari bahan yang tidak boleh dijumpai jika duduk setahun duduk nonton TV. Melalui internet yang semakin maju dari hari ke hari, ramai yang telah berjaya mengorek duit keluar dan mampu pula merubah hidup seseorang menjadi superkaya… tinggal nak buat atau tidak sahaja. Yakin atau tidak itu juga bergantung kepada kebijaksanaan mengatur strategi dan BERANI GAGAL atau Dare 2 Fail dulu atau jika tak nak rasa gagal, boleh merujuk mentor atau fasilitator yang sudi memberi tunjuk ajar untuk berjaya. Jadilah kita protege ke arah kejayaan duniawi dan jika dah selesa tu jangan lupa SIAPA KAU DAN UNTUK APA KAU DI SINI!
Internet adalah dunia multi misteri yang tiada sempadan dan halangan. Carilah sepuas-puas biarpun sampai ‘tersasul talian’ ke ‘dunia lain’.
Comments
One Response to “Internet Vs Duduk Tengok TV”
Leave a Reply



























That’s what Steve Jobs told us - If you want to be creative, go to the internet or else go watch tv to numb your sense