Rasa Panik Sambil Rasa Berani
Salam sejahtera.
Memang aku akui ada penyakit A.D a.k.a Anxiety Disorder dan ia rentetan daripada diagnostik daripada pakar psikiatri sejak 1997 dan aku juga perasa schizophrenia. Fail aku masih ada di ’sana’ sampai sekarang. Terus terang cakap, sesiapa yang tak pernah merasainya akan tekad untuk membunuh diri atau berusaha mencederakan diri semata-mata mahu menghilangkan rasa yang pelik dan ketidaktentuan perasaan dan pikiran. Terus terang rawatan dengan memakan ubat atau disuntik dengan ubat khas pun memberi implikasi yang tidak baik untuk tubuh badan. Dulu aku tidak pernah berkaca mata tapi gara-gara ubat, mata jadi kabur, terpaksalah berspek. Tapi apa nak buat, terima je lah ’suntikan rasmi’ daripada ‘suntikan palui‘ tiada jadual dan secara sengaja yang memberi impak ‘luarbiasa nikmat‘ sementara tapi menjahanamkan fizikal dalam jangka masa panjang.
Aku akan rasa panik bila berada di tempat awam. Ini menyebabkan pergerakan aku terbatas. Dan syurga bagi aku adalah di rumah walaupun kengkadang rasa panik boleh timbul dek jantung berdegup semacam atau palpitation. Orang yang tidak pernah merasainya akan dengan mudah menyakiti perasaan orang berpenyakit macam aku dan yang seiring dan serasa dengan aku. Tapi dalam kes aku ni, nda payahlah! Senang menasihati tapi… hanya DIA sahaja yang faham masalah manusia macam aku. DIA mungkin punya sebab kenapa aku kena begini. Ujian dan medannya di dunia. Kalau aku silap langkah, boleh jatuh ke neraka dunia sebelum neraka hakiki. Tapi syukur kepada DIA bebanyak kerna aku tahu DIA sayangkan aku!
“…kepada sesiapa yang tidak percaya wujudnya DIA.. ko pi mampuslah dengan iktiqad ko. Engko peganglah kepercayaan ketiadaan DIA itu sendiri dan janganlah engko dengan bangga macam taik anjing menyebarkan ajaran dan fahaman ko tu kepada orang lain. Jika sehelai bulu kaki ko sendiri tak boleh ko kontrol untuk tidak tumbuh, atau dengan bangga macam rumput kering berkata nak jumpa Tuhan dalam mimpi baru percaya DIA wujud.. jangan tembiranglah mengatakan TIADA PENCIPTA APA-APA YANG TERKANDUNG TERLIHAT TERASA di sekeliling engko… ko kaji sekeliling ko pakai lutut dan lutut ko letak kat kepala hotak engko… palui”
Comments
One Response to “Rasa Panik Sambil Rasa Berani”
Leave a Reply



























…syukur Alhamdulillah, i recovering but have to rely on my current medications