Kronologi hidup mati Saddam Hussein

Salam sejahtera.

  • 28 April 1937 - Dilahirkan di perkampungan Awja di luar Tikrit, 150 kilometer di utara Baghdad.
  • Oktober 1956 - Menyertai pemberontakan terhadap pemerintah pro-British sebelum menjadi anggota Parti Baath.
  • Oktober 1959 - Turut serta dalam cubaan membunuh Perdana Menteri, Abdel-Karim Kassem. Lari ke luar negara.
  • Februari 1963 - Pulang ke Baghdad selepas Parti Baath merampas kuasa tetapi digulingkan sembilan bulan kemudian. Ditangkap dan dipenjarakan. Dipilih sebagai Setiausaha Agung Parti Baath.
  • Julai 1968 - Saddam membantu dalam komplot memberi kuasa kepada Parti Baath, menggulingkan Presiden Abdul-Rahman Aref.
  • Mac 1975 - Menjadi Naib Presiden Majlis Pemerintah Revolusi (RCC), menandatangani perjanjian sempadan dengan Shah Iran yang menamatkan sokongan kepada pemberontak Kurdis.
  • 16 Julai 1979 - Mengambil alih kuasa daripada President Ahmed Hassan al-Bakr yang meletakkan jawatan.
  • 22 September 1980 - Saddam melancarkan perang selama lapan tahun terhadap Iran.
  • 16 Mac 1988 - Tentera Iraq melancarkan serangan kimia terhadap bandar Halabja, 5,000 maut.
  • 20 Ogos 1988 - Gencatan senjata bermula di antara Iran-Iraq.
  • 2 Ogos 1990 - Melancarkan penaklukan Kuwait, menyebabkan Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan.
  • 17 Januari 1991 - Tentera Amerika mengetuai askar bersekutu melancarkan serangan udara terhadap Iraq dan kawasan Kuwait yang ditawan askar Iraq. Semuanya tamat pada 28 Februari selepas askar Iraq diusir.
  • 15 Oktober 1995 - Saddam menang pungutan suara dan kembali memerintah dengan 99 peratus sokongan undi.
  • 15 Oktober 2002 - Keputusan rasmi menunjukkan Saddam menang 100 peratus undi untuk terus memerintah.
  • 7 Disember 2002 - Saddam minta maaf cuba jajah Kuwait tetapi menyalahkan pemimpin jiran. Kuwait menolak permohonan maaf.
  • Februari 2003 - Dalam wawancara pertama sejak satu dekad lalu, Saddam menafikan Baghdad ada senjata pemusnah besar atau ada hubungan dengan al-Qaeda.
  • 20 Mac - Amerika melancarkan perang terhadap Iraq.
  • 19 April - Tentera Amerika masuk ke Baghdad.
  • 22 Julai - Tentera Amerika mengesahkan kematian dua anak lelaki Saddam, Uday dan Qusay dalam serangan di Mosul.
  • 14 Disember - Pegawai Amerika mengumumkan penahanan Saddam.
  • 19 Oktober 2005 - Perbicaraan bermula dengan Saddam dituduh melakukan jenayah kemanusiaan menerusi pembunuhan 148 lelaki Syiah di Dujail selepas cubaan membunuhnya pada 1982. Saddam tidak mengaku salah.
  • 21 Ogos 2006 - Saddam enggan membuat pengakuan ketika perbicaraan bermula mengenai jenayah di Anfal yang membunuh beribu-ribu warga Kurdis pada 1988.
  • 5 November 2006 - Mahkamah di Baghdad mendapati Saddam bersalah atas jenayah kemanusiaan dan menghukum gantung sampai mati.
  • 26 Disember 2006 - Mahkamah rayuan Iraq mengesahkan keputusan awal hukuman mati terhadap Saddam.
  • 30 Disember - Saddam dihukum gantung.
  • Sumber (Berita Harian)
    …. kenapa tidak digantung sahaja hari ini. Barulah dinamakan ‘pengorban’ yang terkorban pada Hari Korban. Pemerintah baru Iraq yang melaksanakan hukuman gantung tidak tahu menghormati langsung Hari Raya Korban yang jatuh pada 31 Disember 2006, jangan2 haiys apa! Buduh & amikup luteb!!

    The End

    Comments

    Leave a Reply




    Mohd Sham Saiman


    follow msham70 at http://twitter.com

    Welcome visitors from


    Thank you for visiting. May you find something useful here. After enjoying your session here, please leave a comment or two about my Blog. I shall appreciate it very much. Enjoy your stay and have fun. I hope you come back again soon. Cherio!

    You are now marked on my profile visitor map!
    You are now marked on my profile visitor map!