Gang STARZ - Boring dan Visi Hiburan Melalaikan! - “Budaya Apa nak TV3 UJUDKAN”?
Salam sejahtera.
Mungkin TV3 ingin ‘mengajar’ masyarakat tiga buah negara (Malaysia, Indonesia dan Singapura) terutamanya para remaja yang sudah ‘cukup umur’ kunun bagaimana menjadi penghibur atau jika ada yang berangan-angan dan jika ada juga yang terpikir-pikir mahu menjadi artis segera. Inilah peluang untuk para remaja membuktikan aksi buang masa di televisyen yang ditontoni jutaan manusia walaupun dikomen oleh panel professional, tapi komen panel tersebut pun bukan semua orang setuju pun sebab secara tidak langsung penonton di rumah sudah belajar dan diajar bagaimana mengutuk cara baik dan pedas untuk meningkatkan kualiti yang ntah boleh menjanjikan sereniti jiwa, budaya baru memilih peserta yang bakal menjadi artis segera (popularnya cepat, padamnya juga laju! lebih kurang KFC le, makan sampai jilat jari, tapi sampai kat situ je!) guna SMS memang canggih, bayangkan jika undian guna SMS sama ada setuju nak jatuhkan hukuman gantung terhadap seseorang walaupun sudah dihakimi oleh hakim dan dibela oleh peguam ‘berbayar’ sama ada pesalah itu betul2 salah atau salah yang cuba-cuba dibetulkan sedaya upaya, mungkinkah ada begitu nanti di masa akan datang?. Aku bukan anti muzik, malah muzik adalah suatu santapan jasad dan jiwa yang sungguh menyeronokkan, tapi misi yang aku lihat setakat ini yang ingin dipertonjolkan oleh TV3 nampaknya macam buang karan sahaja. Aku tahu ramai yang tidak setuju dengan pandanganku, tapi aku tak kisah. Senang je, aku pun tidak berminat untuk menonton rancangan Gang Starz ni, pasal tak sampai ke mana pun! Nak kata aku dengki, minta maaflah, bagus lagi aku pergi ke laut memancing, memandang laut dan mendengar dengusan ombak daripada mendengar rancangan buang karan seperti Gang Starz. Bagus lagi segala ongkos pembikinan tersebut disalurkan kepada semua ‘peserta’ keluarga Bersamamu kerana mereka lebih memerlukannya. Bukan remaja yang nak jadi penghibur tapi serupa KFC! Lepas tu, lagu barat ditiru abis.. buruk betul la. Mana jati diri ‘lagu’ kamu yang sebenar? Aku suka rap, hip hop dan macam-macam, tapi.. ntahnya.. kengkadang macam keterlaluan dan memang buang karan abis!
——-@@@@@@@@@@@@———–
Lagu keroncong dalam Filem Mukhsin, memang ‘power’! Simple tapi penuh makna!

Syabas.. Yasmin Ahmad. Karya bermutu dan lain dari yang lain.
Comments
4 Responses to “Gang STARZ - Boring dan Visi Hiburan Melalaikan! - “Budaya Apa nak TV3 UJUDKAN”?”
Leave a Reply



























…memang bodoh dan buang masa!
we need indeed ‘equalibrium’…
bukan gangstarz jer…ape cite plak ngan af plak??..lg melalaikan kan???…hang ni org astro kaa nk menjatuhkan tv3??.
..takde la sampai menjatuhkan tv3, program af pun tergolong rancangan yg melalaikan, saya cuma ‘memetik’ sehelai dua daun yg tak spatutnya ditontoni oleh para penonton sebab ia melalaikan, tapi sapa la saya yg boleh mengubah tu smua kecuali smua org boikot rancangan tu dengan rasa kesedaran… Maklumlah skrg, dunia makin lama makin teruk, umpama nenek tua pakai make up..