Perlukah CTOS n CCRIS?

Salam sejahtera.

CTOS & CCRIS
By Ketua Perusuh

Isu ini sudah agak lama. Malah lebih dari dua puluh tahun isu yang dibawa senyap tanpa mendapat pengadilan yang sewajarnya. Pandangan peribadi saya mengatakan bahawa hampir 70% atau mungkin 80% warga dewasa di Malaysia mempunyai “kredit rating” di kedua-dua badan ini (CTOS dan CCRIS).

Jika anda adalah pelanggan, peminjam, penjamin mana-mana bank termasuklah pengguna kad kredit dan kad caj di Malaysia maka anda akan dapati rekod peribadi anda disimpan di kedua-dua organisasi ini. Masalahnya kebanyakan rekod ini lambat dikemaskinikan dan kadang-kadang rekod ini tidak melambangkan status kewangan pemunya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini mempertikaikan bagaimana CTOS beroperasi dan lesen yang diperlukanya. Malah dia berkata bahawa pihak Kerajaan tidak pernah meluluskan mana-mana lesen untuk menyimpan data peribadi orang ramai.

Bagaimana CTOS boleh beroperasi sekian lama dan menyimpan begitu banyak data peribadi orang ramai tanpa pengetahuan Kerajaan. Adakah wajar maklumat peribadi orang ramai yang sewajarnya dirahsiakan (akta privasi) terletak ditangan sebuah syarikat Sendirian Berhad.

Untuk pengetahuan anda semua, Bank Negara Malaysia pernah mengeluarkan garis panduan penyimpanan “credit rating” ini melalui Akta Bank Negara 1958 (Rujuk Sini) yang mana hasil daripada akta ini menyebabkan tertubuhnya CCRIS (Central Credit Reference Information System) yang dikawalselia oleh Bank Negara.

Persoalannya sekarang ini adakah masih lagi perlu ujudnya CTOS yang dikendalikan oleh sebuah syarikat Sendirian Berhad (Credit Tip Off Service Sdn. Bhd) yang mana maklumat yang disimpan meragukan ataupun hanya CCRIS sahaja yang perlu menjadi rujukan semua institusi kewangan.

Siapakah yang disebalik CTOS dan bagaimana CTOS beroperasi sehingga membolehkan ianya mendapat semua maklumat peribadi orang ramai? Inilah yang menjadi keraguan bagi banyak pihak.

Pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan bukan sahaja menggunakan maklumat peribadi dari CTOS untuk mengesahkan status individu namun saya dapati mereka juga menggunakan “hantu-hantu” mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan dari KSWP, LHDN dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Malah jangan anda terkejut jika mereka-mereka ini (pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan) boleh mendapatkan salinan penyata KWSP dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada bila-bila masa sahaja.

Bukan itu sahaja, mereka juga amat mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai akaun bank anda hanya dengan satu panggilan telefon sahaja. Adakah kita ingin membenarkan maklumat peribadi kita menjadi tontonan dan status kewangan kita ditentukan oleh mereka tanpa satu piawaian yang telus dan sahih.

Kesimpulannya, perlukah CTOS dibenarkan terus beroperasi tanpa kawalan?

Comments

4 Responses to “Perlukah CTOS n CCRIS?”

  1. msham70 on July 3rd, 2007 3:40 pm

    …menyusahkan orang sahaja! :(

  2. cikgu azleen on July 3rd, 2007 7:29 pm

    hmm.. betul juga.. saya pun cukup hairan bagaimana tiba2 bank lain ada access ke akaun saya di bank lain.. siap tahu lagi berapa wang simpanan ada, berapa KWSP ada, berapa wang masuk setiap bulan.. musykil musykil..

  3. msham70 on July 3rd, 2007 8:21 pm

    …macam buka pekong orang lain, ini tak leh jadi ni.. memang patut ditutup CTOS ni, kalau boleh diambil tindakan, kan menganiaya orang tu! ;(

  4. Farid on July 10th, 2007 8:57 am

    Tidak perlu…guna CCRIS pun dah memadai.

Leave a Reply




Mohd Sham Saiman


follow msham70 at http://twitter.com

Welcome visitors from


Thank you for visiting. May you find something useful here. After enjoying your session here, please leave a comment or two about my Blog. I shall appreciate it very much. Enjoy your stay and have fun. I hope you come back again soon. Cherio!

You are now marked on my profile visitor map!
You are now marked on my profile visitor map!