Belangkas Special

Salam sejahtera.

Wah, ini adalah seekor belangkas (nama saintifiknya saya tak tahu) yang masih kecil dan mempunyai ekor bercabang. Belangkas ini tersangkut pada pukat bapa saya. Lihat sendiri gambar di bawah.

Belangkas I

Belangkas II

Belangkas III

Can anyone tell me the scientific name for this beautiful sea creature… :). Thanks

Comments

22 Responses to “Belangkas Special”

  1. sham on December 24th, 2007 7:47 pm

    Saya Shamsul Sanip berasal dari Klang, ingin tahu info tentang haiwan belangkas. Saya amat berminat & tertarik dengan kebaikan darah haiwan belangkas dalam bidang perubatan. Saya berharap sangat2 kerjasama dari pihak tuan tentang pekara ini dengan secepat mungkin.

    Sekian,
    Terima kasih,

  2. msham70 on December 26th, 2007 11:26 pm

    Tentang belangkas dari segi perubatan tu saya kurang pasti.. mohon maaf kerna tidak dapat memberi apa-apa info yang terperinci mengenainya.

    :)

    Walau bagaimanapun…

    KOTA BAHARU, 1 Julai (Bernama) — Darah belangkas, yang mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan, bakal dikomersilkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin berkata haiwan itu amat bernilai daripada segi perubatan dan darahnya mencecah sehingga USD5,000 seliter di Amerika Syarikat.

    “Ia haiwan unik dan mempunyai banyak potensi dalam bidang perubatan dan juga kosmetik. Pasarannya memang ada terutama di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau sebelum itu mewakili UMT menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Koperasi Industri Desa Islam Kelantan Bhd (KIDIKB) untuk penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan belangkas.

    KIDIKB diwakili pengerusinya Datuk Dr Ilias Husain dan majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed.

    Projek yang diketuai Dr Zaleha Kasim itu turut menjalankan kerja-kerja pemuliharaan belangkas yang semakin pupus di negara ini.

    Dr Sulaiman berkata kajian Institusi Akuakultur Tropika UMT itu mendapati darah belangkas juga boleh dijadikan ubat untuk penyakit diabetes dan beberapa jenis penyakit lain yang masih di peringkat awal penyelidikan.

    Insititusi itu juga telah memohon geran sebanyak RM3 juta untuk tujuan penyelidikan dengan dibantu kira-kira 10 penyelidik terdiri daripada pelajar sarjana dan doktor falsafah UMT.

    Institusi itu juga merancang untuk membina sebuah makmal pengesahan bernilai RM10 juta untuk menghasilkan produk berkenaan yang telah sedia untuk dihasil dan dipasarkan.

    Sumber BERNAMA

    Gambar Belangkas di SINI

  3. Pataki on February 2nd, 2008 9:34 am

    Saya dah dapat nama saintifik belangkas yang awak cari tu….
    Ia sebenarnye bukan dari kelas Krustasea sepertimana yang kita fikirkan
    Ianya dari kelas Merostomata Subkelas Xiphosura atau org puteh panggil “Horseshoe
    Crab” Nama spesifiknya bergantung kepada jenis-jenis belangkas. Belangkas ini sebenarnya sejenis haiwan prasejarah yang masih hidup hingga hari ini. hnaya terdapat lima Species yang ada di seluruh dunia sehingga sekarang.
    Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada address ni…
    Klik Sini

  4. msham70 on February 2nd, 2008 11:09 pm

    Terima kasih Pataki kerna memberi info yang detail mengenai belangkas ni. :)

  5. lily on March 21st, 2008 12:15 pm

    terima kasih sbb tunjuk gambar belangkas. selama ni dgr citer je. x pernah tgk gambar..;)

  6. msham70 on March 21st, 2008 9:38 pm

    you’re welcome lily :)

  7. syasya on March 28th, 2008 1:10 pm

    sya lg ar.blajar pasal paleontoogy
    pastu dlm filum anthoropoda prof ckp da trilobites tu mcm belangkas
    tp dah extinct ar..
    kn mrh lg tak taw belankas tu camner
    maluuu..
    now dah taw rupe dier cmner..
    thanx

  8. lily on April 8th, 2008 4:47 pm

    lps sy tgk gmbr blgks dlm website ni,sy tertarik utk mengetahui lbh lnjt ttg blgks….. ni ada sdkt mklmt yg sy dpt…. kat malaysia cuma ada 2 jns… nama saintifiknya, tachypleus gigas yg akan dijumpai di pinggir pantai dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda…..
    itu jer…

  9. msham70 on April 8th, 2008 8:58 pm

    terima kasih lily ;) tak sangka di Malaysia cuma ada dua jenis sahaja.

  10. madir on April 24th, 2008 2:01 pm

    ada siapa2 yang tahu macam mana nak ambil darah belangkas dan kat mana boleh jual atau ejen yg boleh membeli kat kawasan sarawak

  11. kamaliah kasmaruddin on June 10th, 2008 12:36 pm

    salam. sy sarjana muda marin biologi dari UMT. terase nak kongsi maklumat. sbb sy buat finalyear project pasal belangaks ni. mmg betol ade 2 spesies kat malaysia. tp sebeanrnye kan semenanjung je ade 2. klu campur sabah sarawak. ade 3. 1. tachypelus gigas (marin) 2. carcinoscorpius rotundicauda (mangrove) 3. tachypleus tridentus (marin). byk kegunaan utk belangkas ni. untk ternak die, belom ade yg spesifik. sbb, die lambat besar. utk matang dlm 8 tahun gitu. salam.

  12. farehah on July 22nd, 2008 1:00 pm

    bleh sy tau kt mne tempt komersial belangkas..?ada yg ckp kt kelantn tp bleh x bg yg spesifik skit..?

  13. general manager on July 22nd, 2008 8:35 pm

    sy bminat ingin mengetahui lbh lanjut ttg pternakan blangkas ini…adaKa haiwan ni boleh hidup dlm air yg b’isi air paip saja?…atau sbaliknya…bagaimanaka cara pbiakannya?apa yg dmakan oleh haiwan tsebut?..brapa modal yg dperlukan untuk memulakan penternakan belangkas ni…sila bg respon kpd email sy dgn segera..tq..sy ingin kan info ini…

  14. ghozali ardhi on July 30th, 2008 10:49 pm

    ass, sebelumnya minta maaf, boleh tak saya nak citer skit ttg blankas ni. kerana saya alhamdulillah saya dah tengok binatang ni, bukan sahaja tengok tapi juga pegang, bahkan menguliti blangkas itu sendiri dan mengambil telurnya. blankas ni namenye horseshoe crab yang hidupnya di air. dia ni boleh dimakan dan mengandung protin yang tinggi. saya sempat kerja di kilang abang saya di satun thailand dia dah 20 tahun bniaga blankas ni. dia selalu dapat order dari bangkok tiap hari. bisnis blangkas ni bleh tahan juga hasil dia. kalau sape2 ade minat sila pergi ke satun sambil jalan2 tengok kilang blankas “bang mad blankas”. sebelum dan sesudahnya terima kasih. ampun maaf.

  15. wan007 on August 8th, 2008 11:08 pm

    assalammualaikum….

    sy wan,sy disini nak tahu dekat mana ada jual belangkas sy nak beli ataupun restoran yg menyediakan masakan belangkas.tolong lah bls sy berharap sgt.sbab ramai org ckp telur belangkas sedap dimakan terliur dibuat nya sy.tq

  16. msham70 on August 10th, 2008 4:48 pm

    hmm…. mcm sedap je, saya pun tak tahu kat mana ada restoran yang menyediakan masakan belangkas ni, harap ada sesiapa yang boleh bagi info. Terima kasih. :)

  17. alie on August 11th, 2008 1:11 pm

    belangkas 2 per??????
    habitat yer mane?????????
    buleh mkn dop????????

  18. alie on August 11th, 2008 1:18 pm

    maner??????????????
    msham70……….can u help me

  19. ali94 on August 22nd, 2008 10:32 am

    sy ali. sy kene wat pembentangan sem taun dpn psl belangkas. bleh x kamaliah tlg sy dan bagi tau saya tntg belangkas dgn lebih lanjut…..

  20. zurexsi on September 16th, 2008 8:08 pm

    elow kwn2…aku bdk upmkb,diploma perikanan…kene wat assigmnt pasal blangkas nie…sume aku ade tp aku nk taw cara pemakanan blangkas…mcm mane die mkn..??die mkn aper..??sape2 tlg aku…aku da pkir nk blik raye jerk nie…huhu

  21. pok joe kemaman on September 22nd, 2008 9:19 pm

    alooo… em nk inform cket pasal belangkas nih..
    dulu2 ayh eden dok cari gak belangkas ni.. skrg rm1.70 sekor kalo kat kuale kemaman… dengarnye org nogori pandai makn.. nk makan kene pandai asingkn telornye beto2…kalo x dengarnye beracun..satu lagi org china kat kg kuala kemaman sanggup beli belangkas satu couple untk rebus mcm ketam.. tap kami ‘pencari’ belangkas xpandai makan..ini just dengar2 je..

  22. pok joe kemaman on September 22nd, 2008 9:32 pm

    em.. mengikut pengalaman eden, gambar belangkas yang saudare tunjuk kat atas just ordinary male belangkas.. biasenye belangkas jantan lebih kecil dari bertina dan sentiase duduk kat belakang.. mgkn sbb dh makin pupus, kalo anda bertuoh, blh tgk satu belangkas bawak ‘3′ ekor jantan kat belakang.. mgkn belangkas skrg pun dh miang..hihihi eden dh bayk kali jumpe belangkas ekor cmtu.. agk pelik tap still x bahaye..

Leave a Reply




Mohd Sham Saiman


follow msham70 at http://twitter.com

Welcome visitors from


Thank you for visiting. May you find something useful here. After enjoying your session here, please leave a comment or two about my Blog. I shall appreciate it very much. Enjoy your stay and have fun. I hope you come back again soon. Cherio!

You are now marked on my profile visitor map!
You are now marked on my profile visitor map!