Merdekakah sudah AKU!?

Salam sejahtera

Hari ini merupakan hari Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-51. Bah, syukur lah, tapi kalau dikupaslah erti sebenar kemerdekaan yang sebenar, aku belum merdeka lagi. Masih dijajah oleh pelbagai faktor dari segi ekonomi, sosial dan rohani. Kenapa pula aku belum merdeka? Yalah, pasal aku masih dibelenggu oleh pelbagai masalah, dan selagi masalah aku belum selesai, maka artinya aku masih terperangkap dalam arus deras yang tidak mengenali erti kasihan!

Simple ja la, orang yang merdeka adalah orang yang tidak terikat oleh mana-mana elemen yang boleh menjejaskan rutin hariannya. Keterjejasan inilah yang mengakibatkan seseorang individu itu ‘rosak’ dari luar mahupun dalamannya. Nah, jadi bagaimana hendak merdeka kalau sudah macam begitu. Setiap masalah boleh diselesaikan, tetapi disebabkan sikap malas dan tidak mahu berubah, maka jadilah ruang perangkapnya semakin membesar dari hari ke hari, sama ada sedar mahupun tidak.

Masing-masing mempunyai definasi tersendiri tentang merdeka ini, dan yalah memang betul negara Malaysia sudah bebas dari penjajahan tetapi penjajahan bentuk baru pula timbul. Penjajahan mentaliti seseorang, penjajahan kerohanian individu tersebut yang ada kalanya memerlukan masa yang agak panjang untuk dikikis.

Merdeka adalah rasa yang boleh menggembirakan hati dan perasaan. Merdeka adalah suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan perkataan. Merdeka adalah sesuatu yang senang disebut tetapi susah untuk memilikinya.

Dari segi ekonomi, cuba tengoklah berapa ramaikah rakyat di Malaysia hari ini bebas dan merdeka dari penjajahan berbentuk hutang. Memang berhutang adalah satu budaya yang diwujudkan oleh satu mekanisme yang bertanggungjawab memberi kita berhutang. Kenapa perlu berhutang? Untuk kesenangan juga kan! Tapi hutang yang berlambak menjadikan seseorang itu menanggung beban sehingga beberapa tahun atau boleh jadi bankrap terus. Peluang untuk merasai kemerdekaan dari penjajahan berunsur hutang mungkin akan berlanjutan hingga individu itu menjadi tua dan tidak sempat untuk menikmati kebebasan kewangan yang sebenar.

Merdeka bukan bererti bebas melakukan apa sahaja, tapi bebas melakukan sesuatu dengan batas-batas yang telah disediakan. Buang karan sahaja pergi ke padang menyambut kemerdekaan jika kita belum merasai kenikmatan kemerdekaan itu secara hakiki……

…tidak akan bersambung

Comments

Leave a Reply




Mohd Sham Saiman


follow msham70 at http://twitter.com

Welcome visitors from


Thank you for visiting. May you find something useful here. After enjoying your session here, please leave a comment or two about my Blog. I shall appreciate it very much. Enjoy your stay and have fun. I hope you come back again soon. Cherio!

You are now marked on my profile visitor map!
You are now marked on my profile visitor map!