3 hari sebelum syawal.

Salam sejahtera.

Kepada semua umat muslimin dan muslimat yang berjaya menghabiskan ibadah puasa dengan sepenuhnya, tahniah kerna anda terpilih olehNya untuk menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan dengan baik. Maka bersyukurlah kerana nikmat dan anugerah daripadaNya kepada setiap hamba-hambaNya, maka hamba tersebut bisa melaksanakan puasa dengan sempurna. Tahniah kerana anda layak bergembira di bulan syawal. Dan kepada yang tidak berjaya, mudah-mudahan kita terpilih lagi olehNya untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya.

3 hari sebelum syawal merupakan hari yang penuh bererti kepada diri anda kerna anda berada di puncak bulan ramadhan sebelum memasuki bulan syawal. Tidak ada bulan yang dapat menandingi bulan ramadhan melainkan bulan itu sendiri. Sekali setahun sahaja. Berjuta manusia menunggu saat tibanya bulan ramadhan kerana di bulan ramadhan itu Allah memberikan ganjaran yang sangat besar sekali kepada hambaNya. Pengajaran dan pembelajaran semasa menunaikan ibadah puasa membentuk sahsiah diri kita agar menjadi manusia yang baik.

Syabas sekali lagi kepada mereka-mereka yang berjaya menempuh ujian daripadaNya di sepanjang bulan puasa yang penuh berkah dan rahmat. Semoga semua amalan ikhlas yang kita laksanakan itu diterima olehNya dan semoga ianya akan menjadi saksi yang baik kepada kita di akhirat nanti.

Salam lebaran yang menjelang tiba kepada semua umat islam di seluruh dunia tidak kira di mana ada berada.

Wallahu”alam!

Comments

Leave a Reply




Mohd Sham Saiman


follow msham70 at http://twitter.com

Welcome visitors from


Thank you for visiting. May you find something useful here. After enjoying your session here, please leave a comment or two about my Blog. I shall appreciate it very much. Enjoy your stay and have fun. I hope you come back again soon. Cherio!

You are now marked on my profile visitor map!
You are now marked on my profile visitor map!